Contoh Soalan dan Jawapan
Bahan 1
Boon Li sering membantu Syahir dalam mata pelajaran Matematik. Syahir pula kerap menolong Boon Li dalam subjek Bahasa Melayu. Mereka bersahabat baik sejak di sekolah rendah lagi.
Bahan 2
Ali tidak pandai berenang. Dia cuba berenang di tasik berhanpiran dengan rumahnya tetapi lemas. Seorang pemuda Cina bernama KK Gong telah terjun ke tasik untuk menyelamatkan Ali tanpa mengira bangsa dan agama.
1) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, jelaskan cara Boon Li, Syahir dan KK Gong memberikan bantuan.
(a) Boon Li membantu Syahir dalam subjek Matematik; Syahir membantu Boon Li dalam subjek Bahasa Melayu
(b) KK Gong terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan Ali yang cemas-cemas mati lemas.
Jawapan yang Mantap:
Boon Li membantu Syahir dalam subjek Matematik manakala Syahir membantu Boon Li dalam subjek Bahasa Melayu. KK Gong pula terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan Ali yang cemas-cemas mati lemas.
2) Huraikan satu nilai yang dapat anda peroleh daripada Bahan 1 dan Bahan 2.
Kehendak soalan:
(a) Nilai - bantu-membantu / tolong-menolong
(b) Huraian - saling membantu dalam pelajaran; membantu menyelamatkan orang yang lemas
Jawapan yang Mantap:
Satu nilai yang dapat diperoleh daripada Bahan 1 dan Bahan 2 ialah nilai bantu-membantu. Boon Li dan Shayir saling membantu dalam usaha mengatasi masalah pelajaran. Sementara itu, KK Gong membantu menyelamatkan Ali yang nyaris-nyaris mati lemas dalam tasik.
3) Rakyat Malaysia mesti hidup bersatu padu. Huraikan faedah semangat perpaduan di negara kita.
Faedah-faedah semangat perpaduan:
(a) keharmonian dan keamanan
(b) ekonomi maju
(c) politik stabil
(d) pelaburan asing
Jawapan yang Mantap:
(i) keharmonian rakyat dan keamanan tanah air terjamin
(ii) kestabilan politik terjamin
(iii) kemantapan ekonomi terjamin
(iv) menarik pelaburan asing ke negara kita
(v) kemajuan negara
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TIP PT3: KEGUNAAN SERAI
RINGKASAN: KEGUNAAN-KEGUNAAN SERAI Berikut merupakan isi-isi penting untuk RINGKASAN: Dijadikan penyedap makanan Dijadikan sebagai ubat...
-
Pada cuti persekolahan yang lepas, seisi keluarga saya seia sekata, bak kata pepatah bulat air dek pembetung, bulat manusia dek muafa...
-
TEMA Kehendak Soalan: - Anda perlu memberikan tiga contoh peristiwa yang menyokong tema novel. - Pastikan terdapat nilai ketabahan...
No comments:
Post a Comment