Introduksi yang Mantap
[Ayat
Rangsangan] Bagai bersuluhkan tengah hari bahawa pada era globalisasi yang
penuh tepu dengan dugaan dan cabaran ini, kepentingan kegiatan riadah dalam
kehidupan kita tidak dapat dinafikan.
[Ayat Ulasan]Hal
ini dikatakan demikian kerana kehidupan manusia pada zaman pascakemerdekaan ini
penuh dengan stres akibat mengejar kekayaan material sehingga menjejaskan
kesihatan manusia.
[Ayat Tesis]Persoalannya,
apakah kepentingan riadah dalam kehidupan kita? Persoalan inilah yang
berlegar-legar dalam gawang minda kita.
PETUNJUK:
- Introduksi yang mantap terdiri daripada 3 elemen, yakni tajuk, ulasan, dan tesis atau tugasan.
- Ayat #1 (ayat rangsangan) mengungkapkan tajuk yang menjadi topik perbincangan.
- Ayat #2 (ayat ulasan) mengulas apa-apa diperkatakan dalam ayat rangsangan.
- Ayat #3 (ayat tesis) menyatakan tesis atau tugasan karangan.
- Kepanjangan introduksi hendaklah antara 50 - 60 patah perkataan.
Perenggan Isi yang Mantap
Isi Pertama: Mengisi kelapangan
[Ayat Topik] Kebaikan aktiviti riadah yang seterusnya ialah kita dapat mengisi kelapangan.
[Ayat Topik] Kebaikan aktiviti riadah yang seterusnya ialah kita dapat mengisi kelapangan.
[Ayat Huraian
+ Contoh] Pada era teknologi maklumat dan komunikasi ini, masyarakat asyik
berjinak-jinak dengan media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp,
Twitter, dan WeChat daripada bersenam, mendaki bukit, dan bermain badminton
untuk memenuhi waktu terluang.
[Ayat Huraian]
Budaya “melepak” dalam media sosial bukan sahaja membuang masa bahkan juga
menjadikan kita malas.
[Ayat Penyimpul] Oleh itu, semolek-moleknya kita
beriadah bersama-sama sahabat handai, keluarga, rakan sebaya, dan rakan
sekerja.
PETUNJUK:
PETUNJUK:
Isi Kedua: Menyihatkan tubuh badan
[Ayat Topik] Bahawa aktiviti riadah atau rekreasi dapat menyihatkan tubuh badan kita tidak dapat disangkal.
[Ayat Topik] Bahawa aktiviti riadah atau rekreasi dapat menyihatkan tubuh badan kita tidak dapat disangkal.
[Ayat Huraian] Dengan erti kata lain, kegiatan fizikal
atau jasmani ini bukan sahaja dapat mencergaskan tubuh badan bahkan juga
mencerdaskan otak.
[Ayat Contoh] Oleh itu, Menteri Kesihatan kita
berbuih-buih mulut menyeru rakyat agar berbasikal, berjoging, berenang, dan
meredah hutan.
[Ayat Penyimpul] Alangkah baiknya, kita
aktif beriadah agar kesihatan kita senantiasa baik.
Isi ketiga: Meredakan stres
Isi ketiga: Meredakan stres
[Ayat Topik] Akhir sekali dan
tidak kurang mutahaknya, kegiatan riadah dapat meredakan stres kita.
[Ayat Huraian] Bukankah dunia
ini penuh dengan stres?
[Ayat Contoh]Ibu bapa terpaksa
beban yang berat untuk mencari sesuap nasi dan seteguk air untuk menyara
keluarga. Anak-anak pula terpaksa menghadiri sekolah, tuisyen, kokurikulum,
kelas muzik, dan sebagainya.
[Ayat Huraian] Jika melakukan
riadah, kita dapat merehatkan otak dan menerangkan jiwa.
[Ayat Penyimpul] Lantaran itu, kita perlu mengamalkan riadah saban hari
untuk mengurangkan tekanan hidup.
Isi keempat: Mengeratkan hubungan keluarga
[Ayat topik] Kita
tidak dapat menafikan hakikat bahawa aktiviti riadah juga dapat menjalin tali
silaturahim seisi keluarga.
[Ayat huraian] Bukankah
dewasa ini serumah sibuk dengan tanggungjawab masing-masing?
[Ayat contoh]
Contohnya, ibu bapa sibuk dengan kerjaya manakala anak-anak sibuk dengan
pembelajaran.
[Ayat huraian + contoh]
Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil prakarsa untuk mengajak seisi keluarga
berkelah sambil bersiar-siar di taman rekreasi dan memancing ikan di sungai
atau tasik untuk mempererat tali ukhuwah keluarga.
[Ayat penyimpul]
Dengan ini, keluarga yang bahagia dan harmoni dapat dilahirkan.
- Perenggan isi perlu mengandungi 3 elemen, yakni idea/isi, pengembangan, dan rumusan.
- Ayat #1 (ayat topik) menyatakan idea karangan.
- Ayat #2 + 3 (ayat huraian dan contoh) pula menghuraikan idea utama.
- Ayat 4 (ayat rumus/penegas/penyimpul) menyatakan rumus atau penegasan atau cadangan atau kesan.
Penutup Karangan yang Mantap
[Ayat Kesimpulan] Sebagai intiha
bicara, amalan riadah mendatangkan kemaslahatan-kemaslahatan kepada pengamalnya.
[Ayat Cadangan] Tegal itulah,
kita hendaklah menjadikan aktiviti riadah sebagai rutin kita untuk hidup
bahagia dan sejahtera.
[Ayat Harapan]Dengan ini,
keluarga yang cemerlang, masyarakat yang gemilang, dan negara yang terbilang
dapat direalisasikan.
- Perenggan penutup juga perlu mengandungi 3 elemen, yakni kesimpulan, cadangan dan harapan
- Ayat #1 (ayatkesimpulan) menyimpulkan seluruh karangan.
- Ayat #2 (ayat cadangan) mencadangkan tindakan yang perlu diambil.
- Ayat#3 (ayat harapan ) menyatakan kesan yang diharapkan.
Your essay is very good and easy to understand the technique of the essay writing
ReplyDeleteThank you, sir