1. lubang tiris (atap, perahu, dll), lubang pancit (tayar): atap ini sudah ada ~nya
2. berlubang hingga air atau angin dapat tembus, tiris: atap ini sudah ~ benar 3. terbuka rahsia, sudah diketahui orang (rahsia dll): kertas peperiksaan tahun ini ada yg ~
CONTOH SOALAN:
I. Sampan yang dinaiki oleh mereka mula tenggelam kerana sudah bocor
akibat terlanggar batu.
II. Ayah mengupah Pak Aji untuk membaiki bumbung rumah yang bocor itu.
III. Jalan-jalan yang bocor itu bertakung air ketika hujan dan berbahaya
kepada kenderaan.
IV. Kebanyakan kertas soalan untuk semua subjek PT3 pada tahun ini sudah
bocor.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja
(ii) MENYISIH
1 beralih ke tepi utk memberi jalan kpd orang lain; menepi: Kalau ada kereta, ~lah.
2 menjauhkan atau mengasingkan diri ke; menyendiri: Apabila orang datang, dia segera ~ ke dlm bilik.
CONTOH SOALAN:
I. Semenjak anak-anak sudah beranak-pinak, Mak Bedah hidup menyisih di
kampung.
II. Oleh sebab jalan itu sempit, ayah pun menyisih apabila ada kereta untuk
memberikan laluan.
III. Selepas bersalin pakaian, dia pun menyisih rambutnya lalu beredar.
IV. Apabila ada tetamu, Maziah yang cacat segera menyisih ke dalam bilik.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja
No comments:
Post a Comment