Berikut merupakan isi-isi penting untuk RINGKASAN:
- Dijadikan penyedap makanan
- Dijadikan sebagai ubat tradisional
- Mengatasi masalah haid dan loya
- Mengurangkan kolesterol
- Membantu masalah kulit muka
- Minyak pati serai dikomersialkan dalam pelbagai bidang
- Peranan serai sebagai antikanser
PETUNJUK:
- Setiap isi hendaklah dalam ayat yang lengkap, yakni subjek + predikat.
- Dalam 1 perenggan sahaja.
- Tidak perlu pendahuluan, isi tersirat dan penutup.
- Panjangnya hendaklah 80 - 100 patah perkataan
Contoh Ringkasan:
Salah satu kegunaan serai ialah serai dapat dijadikan penyedap makanan. Serai juga dapat dijadikan sebagai ubat tradisional. Serai boleh digunakan untuk mengatasi masalah haid dan loya, lebih-lebih lagi untuk mengurangkan kolesterol. Di samping itu, serai dapat membantu mengatasi masalah kulit muka. Minyak pati serai pula dikomersialkan dalam pelbagai bidang. Tidak kurang pentingnya, serai berperanan sebagai antikanser.
(55 patah perkataan)